HomeUtama10 PATI dipenjara empat bulan

10 PATI dipenjara empat bulan

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas mengaku bersalah berada di negeri ini tanpa dokumen sah.

Daripada jumlah itu, sembilan tertuduh merupakan warga Filipina manakala seorang lagi warga Indonesia.

Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hurman Hussain, hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan semua tertuduh dirujuk semula kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas tamat menjalani hukuman.

Kesemua tertuduh ditahan di sekitar Kota Kinabalu baru-baru ini kerana tidak memiliki pas yang sah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, dan boleh juga dikenakan sebatan tidak melebihi enam kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Imigresen, Kamrul Md Yusof.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga asing diperintah bela diri tuduhan bunuh isteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular