HomeUtamaBanjir Sabah: Bantuan makanan digerakkan segera di Paitan - James

Banjir Sabah: Bantuan makanan digerakkan segera di Paitan – James

Read Time:1 Minute, 13 Second

PAITAN: Bantuan makanan kepada mangsa banjir di daerah ini mula digerakkan serta-merta susulan kejadian banjir besar yang melanda hari ini.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata pihaknya telah mengarahkan penyelarasan bantuan dilakukan secara pantas bagi memastikan keperluan asas penduduk terjejas dapat disalurkan tanpa kelewatan.

“Saya telah mengarahkan agar segala bentuk bantuan diselaraskan dengan pantas dan teratur bagi memastikan keperluan asas mangsa terjejas dapat disampaikan tanpa berlengah.

“Keutamaan kita adalah keselamatan serta kebajikan keluarga-keluarga yang terkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

James yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut berkata, beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah berkenaan telah dibuka dan mula beroperasi bagi menempatkan mangsa terjejas.

Senarai PPS yang dibuka adalah PPS SMK Simpangan, PPS Dewan Binsulung, PPS Masjid Kaindangan, PPS Batangon Darat, PPS Dewan Tangkarason (Kg Baru), PPS SK Lubang Buaya, PPS Gereja Puru Batu, PPS Masjid Simpangan, dan PPS Masjid Batangon Laut

Sehubungan itu, penduduk yang terjejas dinasihatkan untuk berpindah segera ke PPS terdekat dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

James berharap agar segala urusan dipermudahkan serta mangsa banjir di Paitan dan kawasan sekitar termasuk Sugut diberikan kekuatan menghadapi ujian tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial rayuan penduduk daerah Paitan yang memohon bantuan segera berikutan banjir besar melanda kawasan berkenaan, dengan beberapa laluan dilaporkan terputus dan keselamatan penduduk terancam.

Turut tular gambar serta video menunjukkan kawasan sekolah, Klinik Kesihatan Tangkarason dan beberapa rumah penduduk kampung yang hampir ditenggelami air.

RELATED ARTICLES
Utama

1,070 penduduk dipindahkan ke 10 PPS di Kota Marudu dan Pitas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular