Read Time:21 Second
KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa hari ini melibatkan beberapa kawasan di Sabah.
Kawasan-kawasan tersebut ialah Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu & Pitas).
Manakala amaran hujan berterusan (waspada) turut dikeluarkan melibatkan kawasan Pantai Barat Sabah (Ranau dan Kota Belud), Telupid dan Sandakan serta Kudat.
Pagi tadi, tiga daerah diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir iaitu di Kota Marudu; Pitas dan Paitan.



