HomeUtamaAzrul santuni mangsa banjir di PPS Pitas dan Kota Marudu

Azrul santuni mangsa banjir di PPS Pitas dan Kota Marudu

Read Time:1 Minute, 6 Second

PITAS: Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Azrul Ibrahim, yang juga Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pitas dan Kota Marudu, hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, Azrul memaklumkan beliau bersama pimpinan Pemuda Gagasan Rakyat melawat mangsa yang dipindahkan ke PPS Dewan Majlis Daerah Pitas serta PPS SMK Tandek 2 di Kota Marudu, selain beramah mesra dengan para petugas.

“Saya bersama pimpinan Pemuda Gagasan Rakyat menyantuni mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Daerah Pitas di Pitas dan PPS SMK Tandek 2 di Kota Marudu, di samping beramah mesra dengan para petugas.

“Kami menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap semua mangsa banjir yang terjejas serta merakamkan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara,” katanya.

Azrul melawat mangsa banjir di PPS Pitas.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti merangkap ADUN Pitas, Datuk Seri Dr Ruddy Awah; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah, Jais Asri; serta Pegawai Daerah Pitas dan Kota Marudu.

Beliau turut mendoakan agar semua mangsa banjir diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan.

“Semoga semua mangsa banjir terus diberikan kekuatan dan ketabahan dan kita doakan agar keadaan kembali pulih seperti sediakala dalam masa terdekat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

30 asnaf terima sumbangan bakul makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular