HomeUtamaJamawi tinjau rumah pemohon Rumah Mesra SMJ DUN Melalap

Jamawi tinjau rumah pemohon Rumah Mesra SMJ DUN Melalap

Read Time:1 Minute, 4 Second

TENOM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar, turun padang meninjau sendiri keadaan rumah pemohon Rumah Mesra SMJ bagi DUN Melalap tahun ini.

Jamawi (kanan) melawat keadaan kediaman pemohon Rumah Mesra SMJ, DUN Melalap.

Jamawi yang diiringi Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Melalap, Denesly Justin meninjau 10 rumah di Kampung Baab, Kampung Naluyan, Kampung Undusan, Kampung Batu Apar, Kampung Pangalat dan Kampung Monggol yang kesemuanya didapati berada dalam keadaan amat daif.

Beliau berkata, tinjauan akan diteruskan ke baki pemohon lain sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Fokus Group yang dipengerusikan Pegawai Daerah Tenom, Alexander Liew bagi memuktamadkan senarai penerima Rumah Mesra SMJ tahun ini.

“Tiada proses pilih kasih, tiada kabel, tiada lobi… hanya yang benar-benar layak akan diberi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Jamawi yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah itu turut meninjau sistem perparitan di Kampung Baab yang memerlukan kerja naik taraf memandangkan culvert sedia ada tidak mampu menampung aliran air ketika hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di kawasan perumahan penduduk.

Menurutnya, pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya Malaysia Tenom bagi memastikan kerja-kerja naik taraf dapat dilaksanakan segera.

Terdahulu, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Islamiah, Kampung Pamilaan serta berkesempatan bertanya khabar jemaah selain mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa sempena Ramadan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Sabah, IEM Sabah perkukuh kerjasama pembangunan infrastruktur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular