HomeUtamaFrederick hargai warga JPS, Zulkifli komited perkukuh tadbir urus

Frederick hargai warga JPS, Zulkifli komited perkukuh tadbir urus

Read Time:1 Minute, 18 Second

SANDAKAN : Bekas Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) atas kerjasama sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di jabatan itu sebelum ini.

Sepanjang enam tahun bertugas, Frederick berkata, kejayaan dan pencapaian jabatan adalah hasil usaha kolektif kakitangan di semua peringkat, daripada pengurusan tertinggi hingga ke peringkat lapangan yang menjadi tulang belakang kepada pengurusan sumber hutan negeri.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga jabatan atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi sepanjang enam tahun tempoh perkhidmatan saya sebagai Ketua Konservator. 

“Kejayaan dan pencapaian jabatan adalah hasil usaha kolektif kakitangan di semua peringkat termasuk pengurusan tertinggi hingga ke peringkat lapangan yang menjadi tulang belakang kepada pengurusan sumber hutan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan pada Majlis Amanat dan Penyerahan Tugas Ketua Konservator Hutan kepada Ketua Konservator Hutan yang baharu Zulkifli Suara di ibu pejabat JPS di sini pada Selasa.

Penyerahan tersebut menandakan peralihan kepimpinan yang teratur dan profesional, selaras dengan amalan tadbir urus terbaik dalam perkhidmatan awam.

Majlis itu dihadiri lebih 200 orang pegawai dari seluruh Negeri. 

Sementara itu, dalam amanat sulung, Zulkifli menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui jabatan.

Beliau mengharapkan komitmen berterusan untuk meneruskan agenda pengurusan hutan secara lestari serta memperkukuh tadbir urus jabatan, dalam pengurusan sumber hutan.

Zulkifli turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Frederick atas perkhidmatan selama 39 tahun di JPS selain sumbangan dan dedikasi beliau dalam memacu kecemerlangan sektor perhutanan negeri ke tahap yang lebih membanggakan di peringkat nasional dan antarabangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis rampas 25.7 kilogram syabu bernilai RM1.28 juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular