HomeUtama27 sekolah di Sabah terjejas banjir

27 sekolah di Sabah terjejas banjir

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 27 buah sekolah di enam daerah di Sabah dilaporkan terjejas akibat bencana banjir setakat jam 9 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, antara yang terlibat ialah Beluran, Beaufort, Tenom, Sipitang, Papar dan Tawau.

Antara sekolah yang terjejas di Beluran ialah Sekolah Kebangsan (SK) Ladang Sabapalm, SK Pantai Boring, SK Simpangan, SK Sungai-Sungai dan SK Tampat.

“Di Beaufort pula membabitkan 14 buah sekolah iaitu SK Batu 60, SK Bukau, SK Jabang, SK Kabajang, SK Klias Baru, SK Lago, SK Lembah Poring, SK Luagan, SK Lupak, SK Mempagar, SK Sinoko, SK Suasa, SK Tamalang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Paul.

” Bagi Tenom, tiga sekolah terjejas iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pada, SK Inubai dan SK Tomani,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, Sipitang turut merekodkan tiga sekolah terkesan iaitu SJKC Sin Boon, SK Long Pasia dan SK ST Mark, manakala Papar membabitkan SK Daingin dan Tawau melibatkan SR Agama Kinabutan.

Dalam pada itu, Raisin berkata, tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menggunakan premis sekolah telah diaktifkan di dua daerah, iaitu Beluran dan Pitas.

Di Beluran, PPS dibuka di SK Tanjung Nipis, SMK Pamol dan SK Kabuluh.

Manakala di Pitas, PPS diaktifkan di SK Dandun, SK Pekan Pitas II, SK Rukom dan SMK Pekan Pitas.

Raisin berkata, beberapa sekolah turut berdepan kekangan dalam pelaporan situasi banjir berikutan akses internet yang terhad.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan murid, guru serta warga sekolah terjamin sepanjang tempoh bencana.

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Pantau: Peniaga mini market dikompaun gagal pamer tanda harga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular