HomeUtamaHajiji ketuai Majlis Ikrar Bebas Rasuah Ahli Jemaah Menteri

Hajiji ketuai Majlis Ikrar Bebas Rasuah Ahli Jemaah Menteri

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengetuai Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang melibatkan Ahli Jemaah Menteri Negeri di Bilik Mesyuarat Jemaah Menteri, Menara Kinabalu, di sini, pada Rabu.

Sejurus selesai melafazkan ikrar, Hajiji bersama Ahli Jemaah Menteri menandatangani dokumen IBR yang disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.

Mohd Fuad berkata, pelaksanaan program IBR bersama Kabinet Negeri Sabah itu merupakan komitmen amat positif daripada kerajaan negeri dalam usaha memperkukuh integriti dan tadbir urus yang baik.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengetuai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi Ahli Jemaah Menteri di Bilik Mesyuarat Jemaah Menteri, Menara Kinabalu pada Rabu.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan akan terus diperluaskan ke kementerian serta agensi di bawah kerajaan negeri bagi memastikan usaha pencegahan rasuah dilaksanakan secara menyeluruh.

“Pelaksanaan program ini sekali gus memperlihatkan keberkesanan serta kesungguhan inisiatif yang dirancang supaya amalan rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan dapat dicegah secara lebih berkesan,” katanya.

Mohd Fuad turut berharap lebih banyak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pihak swasta, akan tampil menyertai program IBR.

RELATED ARTICLES
Utama

Tenom, Membakut turut diisytihar kawasan bencana banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular