KOTA KINABALU : Tiga daerah di Sabah pagi ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.
Antara daerah terlibat adalah Sook; Sipitang dan Beaufort.
Pengisytiharan itu dibuat masing-masing oleh Pegawai Daerah Sook Caroline Benjamin Jiungan pada jam 4.30 pagi; Pegawai Daerah Sipitang Abd Karim A.M Zahari pada jam 6 pagi dan Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun pada jam 8 pagi.
“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Sook; Sipitang dan Beaufort,” menurut kenyataan itu di sini pada Rabu.
Berikutan pengisytiharan itu, beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan Pusat Penempatan Kekal (PPK) turut diaktifkan.
Antaranya di Dewan SLDB Dalit Gana (Sook); Dewan Mini Mesapol (Sipitang); Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Berampah (Sipitang); dan PPK Selagon Beaufort. – SABAH MEDIA



