HomeUtamaKetua Menteri pengerusi Mesyuarat JKKN Sabah

Ketua Menteri pengerusi Mesyuarat JKKN Sabah

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Bil. Pertama bagi tahun 2026 di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.

Mesyuarat itu diadakan bagi meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan negeri, di samping memperkemas penyelarasan dan kerjasama strategik antara agensi berkaitan dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh kawalan keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negeri dan negara daripada sebarang ancaman.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Pengarah Imigresen Negeri, Datuk Sh.Sitti Saleha Habib Yussof, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos dan Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid@Razali.

Turut hadir sama Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Sabah, Datuk Awang Yahya.

RELATED ARTICLES
Utama

Geng Upik: Dua individu diperintah bela diri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular