HomeUtamaDialog awam hak 40% Sabah hari ini

Dialog awam hak 40% Sabah hari ini

Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Dialog awam berhubung hak perlembagaan Sabah ke atas 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan sedang berlangsung di Pejabat Sekretariat Sabah Law Society (SLS), Menara MAA, di sini hari ini.

Sesi yang dianjurkan oleh SLS susulan keputusan penting Mahkamah Tinggi pada 17 Oktober 2025, yang antara lain memerintahkan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan semakan semula bersama Kerajaan negeri Sabah berhubung 40 peratus hasil bersih persekutuan yang dikutip dari Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Celestina Stuel Galid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh SLS.

Barisan panelis terdiri daripada pasukan SLS iaitu Presiden Datuk Mohamed Nazim Maduarin; Naib Presiden Ryan Soo; Dr David Fung Yin Kee; Jeyan T.M Marimuttu; Janice Junie Lim; serta bekas presiden Datuk Roger Chin yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik.

Presiden SLS Datuk Mohamed Nazim Maduarin berkata orang ramai yang hadir diberi peluang bertanya soalan dan mendengar sendiri maklum balas daripada panel jemputan mengenai status semasa tempoh masa 90 hari dan 180 hari sebagaimana diperintahkan oleh mahkamah, perkembangan semakan Artikel 112D, serta implikasi perundangan dan perlembagaan yang lebih luas terhadap Sabah.

SLS menegaskan komitmen mereka terhadap ketelusan, penglibatan awam, dan penegakan kedaulatan undang-undang dalam melindungi hak perlembagaan serta masa depan fiskal Sabah.

Pada 8 Jun 2022, SLS memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman pada susulan pengumuman Kerajaan Persekutuan pada 14 April 2022 mengenai satu perjanjian yang dicapai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Dalam permohonan itu, SLS menamakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

SLS antara lain memohon suatu perisytiharan bahawa kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan semakan kedua pada tahun 1974 bersama Kerajaan Negeri adalah satu pelanggaran dan pencabulan kewajipan perlembagaannya seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 112D, Fasal (1), (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut SLS, kelayakan 40 peratus itu kekal terhutang dan perlu dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi setiap tahun kewangan berturut-turut dari 1974 hingga 2021.

Kegagalan membuat bayaran tersebut merupakan pelanggaran hak asasi terhadap harta milik Kerajaan Sabah dan dan seterusnya pelanggaran hak asasi rakyat Sabah sebagaimana termaktub masing-masing di bawah Perkara 13 dan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Suatu perintah supaya Responden Pertama membayar kelayakan sebagaimana ditentukan di bawah perenggan 3(a) di atas kepada Responden Kedua atau sebagai ganti rugi perlembagaan atas pelanggaran Perkara 5 dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, SLS juga memohon supaya responden pertama membayar kelayakan berkenaan kepada Kerajaan Negeri atau sebagai ganti rugi perlembagaan atas pelanggaran Perkara 5 dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan atau kedua-duanya sekali.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/10/17/mahkamah-arah-semakan-semula-hak-40-hasil-sabah-dalam-tempoh-90-hari/

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan Sabah santuni 40 asnaf, perkukuh silaturahim di Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular