KOTA KINABALU: Seramai 20 individu terdiri dari anak yatim dan asnaf menerima sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin di sini pada Isnin.
Majlis anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.
Hadir sama Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.
Tun Musa dan isteri tiba kira-kira 6 petang dan disambut pengurusan tertinggi DBKK serta pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan.
Pada majlis itu, turut disampaikan sumbangan kepada lima masjid terpilih sekitar bandaraya Kota Kinabalu.
Terdahulu, kira-kira 1,000 kakitangan DBKK termasuk keluarga hadir pada majlis itu. – SABAH MEDIA



