HomeUtamaWanita warga China didenda masuk secara haram di Sabah

Wanita warga China didenda masuk secara haram di Sabah

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu: Seorang wanita warga China yang masuk tanpa pas sah serta gagal melapor diri kepada pegawai imigresen ketika tiba di Sabah, dikenakan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Lin Miao, 29, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah mengenakan denda RM3,000 atau penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan bagi setiap pertuduhan.

Pertuduhan pertama, Lin memasuki negeri ini tanpa pas sah pada 11 Februari lalu, di tingkat dua Bahagian Transborder/ Transit Kaunter Pemeriksaan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), sekitar jam 5.40 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Jabatan Imigresen Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh gagal hadir di hadapan Pegawai Imigresen setelah tiba di KKIA pada 5 Februari antara jam 11.45 pagi hingga 4.20 petang.

Mahkamah turut memerintahkan Lin dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk Tindakan lanjut selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Norhayati Abd Hari.

RELATED ARTICLES
Utama

“Saya tersilap langkah” – Pemuda dipenjara 7 tahun, 1 sebat amang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular