HomeUtamaDakwaan ‘Blok Borneo’ perlu diperbetulkan – Hajiji

Dakwaan ‘Blok Borneo’ perlu diperbetulkan – Hajiji

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Dakwaan mengenai kewujudan ‘Blok Borneo’ kononnya mendominasi Kerajaan Persekutuan adalah tidak tepat dan perlu diperbetulkan kerana Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang bersatu tanpa pemisahan blok wilayah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah kekal komited sebagai sebahagian daripada Malaysia dan menegaskan tiada konsep yang memisahkan Sabah, Sarawak serta negeri-negeri di Semenanjung.

“Kita ini dalam negara Malaysia. Tidak ada Blok Borneo. Sabah, Sarawak dan Semenanjung semuanya berada dalam satu negara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian  Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) 2026 yang bertempat di Politeknik Kota Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Hajiji berpandangan bahawa naratif tersebut tidak tepat kerana konsep .Blok Borneo’ sebenarnya tidak pernah wujud.

Beliau berkata, Sabah dan Sarawak tidak boleh dipisahkan daripada negeri-negeri di Semenanjung kerana semuanya berada dalam satu negara yang sama.

“Kalau pada pandangan saya, tidak ada Blok Borneo ini. Siapa yang wujudkan Blok Borneo? Tidak ada. Jadi naratif begitu saya ingat perlu diperbetulkan.

“Kita ini dalam satu negara dan perlu ada kerjasama semua pihak negeri dan persekutuan, untuk mencemerlangkan lagi negara kita, Malaysia ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kes dera anak: Bapa dan dua anak didakwa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular