HomeUtamaRM164.01 juta untuk pembangunan modal insan dalam RMKe13

RM164.01 juta untuk pembangunan modal insan dalam RMKe13

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Sabah memperuntukkan sebanyak RM164.01 juta bagi program pembangunan modal insan di negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe13).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembangunan modal insan tetap diutamakan yang menjadi sebahagian daripada program pembangunan anak-anak watan negeri ini ke arah mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

“Bidang kemahiran dan pembangunan belia akan diperkasa melalui peluasan biasiswa dan bantuan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Latihan Guru-Guru untuk Pertandingan Robotik SMJ di SJKC Lok Yuk di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk James Ratib.

Hajiji berkata antara bidang yang diutamakan ialah pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pengukuhan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), latihan pertanian dan teknologi digital dengan penumpuan terhadap literasi kecerdasan buatan (Al).

Katanya, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha yang membuka peluang pendidikan berkualiti secara lebih meluas dan inklusif, terutamanya yang mengangkat STEM dan inovasi sebagai budaya pembelajaran di sekolah.

“Kita mahu memastikan program seperti ini berjalan dengan teratur dan kemas, melalui kerjasama rapat antara pihak pendidikan, sekolah, komuniti dan rakan strategik, supaya para guru mendapat sokongan yang sewajarnya dan murid dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang bermakna,” katanya.

Dalam konteks ini, beliau berkata latihan guru-guru hari ini adalah signifikan kerana murid akan lebih bersedia untuk memahami teknologi, membina keyakinan, dan menghasilkan inovasi yang berguna apabila guru mereka diperkasa dengan kemahiran dan alat yang betul.

“Program ini tidak sekadar memperkenalkan robotik sebagai aktiviti tambahan, tetapi ia juga dengan pendekatan yang lebih tersusun melalui model pelaksanaan di sekolah.

“Ini termasuk keperluan infrastruktur minimum, penggunaan kit robotik, platform pembelajaran, serta latihan guru secara Train-the-Trainer untuk memastikan. pelaksanaan benar-benar berkesan,” katanya.

Hajiji berkata penggunaan kit robotik LEANBOT sebagai alat pembelajaran utama dan menyokong integrasi latihan secara fizikal serta simulasi melalui Digital Twin, di samping penggunaan aksesori latihan seperti Field Track/Field Model untuk aktiviti ujian dan cabaran robotik di dalam kelas adalah pendekatan “hands-on” yang penting.

“la membantu murid belajar melalui pengalaman membina, menguji, membuat penambahbaikan, dan akhirnya memahami konsep secara lebih mendalam, bukan sekadar menghafal teori,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 1,000 penjaja meriahkan bazar Ramadan di Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular