HomeUtamaTun Musa, Hajiji santuni warga TLDM

Tun Musa, Hajiji santuni warga TLDM

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin petang tadi berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini.

Majlis yang diadakan di Masjid Ibnu Battuta, Pengkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Pada majlis itu, Tun Musa dan isteri turut bersama-sama menyantuni pegawai serta anggota TLDM dalam suasana penuh ukhuwah dan kesyukuran sempena Ramadan.

Program itu dimulakan dengan tazkirah ringkas, majlis berbuka puasa sebelum diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi Idris.

RELATED ARTICLES
Utama

Guthrie sumbang RM300,000 kepada YKS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular