HomePolitik170 kanak-kanak terima sumbangan Program Jom Beraya Pemuda, Beliawanis Gagasan Rakyat DUN...

170 kanak-kanak terima sumbangan Program Jom Beraya Pemuda, Beliawanis Gagasan Rakyat DUN Kawang

Read Time:39 Second

PAPAR: Seramai 170 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan menerusi program Jom Beraya Bersama Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang di sini, hari ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah yang juga Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Azrul Ibrahim, berkata program itu diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya sebagai usaha membantu kanak-kanak daripada keluarga memerlukan membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

Katanya, Pemuda Gagasan Rakyat Kawang dengan kerjasama Beliawanis Kawang sekali lagi mengambil inisiatif membantu anak-anak berkenaan membeli kelengkapan serta pakaian sempena ketibaan Aidilfitri 1447 Hijrah.

“Semoga usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka serta meringankan beban keluarga yang memerlukan.

“Mudah-mudahan juga ia menjadi asbab untuk kita terus menyemai nilai kebersamaan, kasih sayang dan keprihatinan dalam masyarakat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Wanita Sabah digalak manfaatkan sokongan disediakan KWKKR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular