HomeUtamaHajiji berbuka puasa bersama rakyat, sampaikan sumbangan Ramadan di Tuaran

Hajiji berbuka puasa bersama rakyat, sampaikan sumbangan Ramadan di Tuaran

Read Time:43 Second

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat yang berlangsung di Masjid Nurusaadah di Kampung Bolong Lama, di sini pada Isnin.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 200 penerima terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin, warga emas serta orang kurang upaya (OKU).

Majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) itu turut diisi dengan tazkirah Ramadan sebelum para hadirin bersama-sama menikmati jamuan berbuka puasa.

Program berkenaan kemudian diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah di masjid tersebut.

Hadir sama  ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali, Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah, Pegawai Daerah Tuaran, Ibrahim Terki, Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn.Bhd, Datuk Ahmad Naim Uddang dan Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

RELATED ARTICLES
Utama

IDS Sabah agih lebih 20,000 pek ‘Hero Meals’ kepada mangsa banjir...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular