KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk berkuat kuasa hari ini sehingga esok melibatkan beberapa kawasan di Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran tahap buruk di Sabah dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah membabitkan kawasan Pantai Barat (Ranau) dan Tawau (Lahad Datu).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan lama media sosial rasmi jabatan atau menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.
Sementara itu, tiga daerah di Sabah diisytihar sebagai kawasan bencana banjir.
Antaranya Kota Marudu; Pitas dan Paitan. Pengisytiharan itu dibuat oleh Pegawai Daerah Kota Marudu Meirin Sugara; Pegawai Daerah Paitan Joloning Joe Majambu dan Pegawai Daerah Pitas Asdi @ Mohd Faizal Hussin. – SABAH MEDIA



