Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menipu seorang lelaki berjumlah RM12 juta berkaitan pegangan saham.
Datuk Chee Chi Nyen, 47, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama Chee Chi Vun, 52, didakwa mencapai niat bersama menipu seorang lelaki berusia 75 tahun dengan memperdayakan beliau bahawa beliau akan diberikan pegangan saham sebanyak 45 peratus dalam Syarikat Deevin Development Sdn. Bhd.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang memperuntukkan penjara antara satu hingga 10 tahun, dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
BERITA LANJUT MENYUSUL….



