HomeUtamaHajiji terima kunjungan perpisahan Konsul General Jepun

Hajiji terima kunjungan perpisahan Konsul General Jepun

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Ketua Pejabat Konsular Jepun bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Konsul-Jeneral Yamashita Yoshito di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Selasa.

Kunjungan itu diadakan sempena tamatnya tempoh perkhidmatan Yamashita pada akhir Mac tahun ini, setelah berkhidmat selama dua tahun enam bulan di Sabah.

Mengiringi Yamashita ialah penggantinya, Nakasuji Hisaki.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai hubungan kerjasama antara Sabah dan Jepun, khususnya dalam bidang pelaburan, pelancongan, ekonomi serta pembangunan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Hajiji turut merakamkan penghargaan atas peranan Yamashita dalam memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama antara Jepun dengan Sabah sepanjang tempoh beliau berkhidmat di negeri ini.

Beliau juga berharap hubungan baik antara Sabah dan Jepun akan terus diperkukuh demi manfaat bersama, terutamanya dalam usaha menarik lebih ramai pelabur dan pelancong Jepun ke Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas maut tertimbus tanah runtuh ketika cuba hidupkan genset

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular