HomeUtamaGuna dokumen palsu, pegawai AADK mengaku tidak bersalah

Guna dokumen palsu, pegawai AADK mengaku tidak bersalah

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini atas enam pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan bayaran untuk beberapa program melibatkan RM19,440.

Tertuduh, Bakri Bibi, 53, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus.

Mengikut pertuduhan Bakri didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen untuk menipu bagi tujuan mendapatkan bayaran perkhidmatan makan minum beberapa program komuniti serta perkhidmatan membekal bahan binaan bagi aktiviti gotong-royong komuniti (Community Empowerment) di Kunak dan Tawau antara Ogos 2018 dan April 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 April 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 namun hanya RM4,000 perlu didepositkan kepada mahkamah dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan termasuk melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua bulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom mengendalikan pendakwaan manakala Bakri diwakili oleh peguam Zahir Shah.

Tahun lalu, Bakri telah didakwa atas 14 pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan bayaran untuk program AADK.

RELATED ARTICLES
Utama

Koperal PGA Ditahan Bantu Siasatan Kes Tembakan Komander AKPS Bukit Kayu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular