HomeUtamaKumpulan Sawit Kinabalu perkukuh komitmen integriti melalui IBR

Kumpulan Sawit Kinabalu perkukuh komitmen integriti melalui IBR

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu menegaskan komitmennya terhadap integriti dan tadbir urus korporat apabila melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu program yang diadakan di sini pada Khamis.

Program anjuran Divisyen Integriti dan Governans Kumpulan Sawit Kinabalu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah itu bertujuan memperkukuh budaya integriti dalam kalangan kepimpinan tertinggi syarikat.

Sesi lafaz ikrar tersebut diketuai Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Hazem Mubarak Tun Musa, bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat sejurus selepas mesyuarat pertama Lembaga Pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu bagi tahun 2026.

Pelafazan ikrar berkenaan turut disaksikan oleh Pengarah SPRM Cawangan Sabah, Mohd Fuad Bee Basrah serta Penasihat Integriti kepada Ketua Menteri, Awang Samsul Baharam Bungso, yang menyatakan sokongan terhadap usaha berterusan syarikat dalam memperkukuh budaya integriti khususnya di peringkat pengurusan tertinggi.

Program berkenaan melambangkan komitmen kepimpinan syarikat dalam melaksanakan amanah dengan penuh integriti, menolak sebarang bentuk rasuah serta memastikan setiap keputusan perniagaan dibuat secara telus, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip tadbir urus korporat yang baik.

Melalui inisiatif tersebut, kepimpinan syarikat berhasrat menjadi contoh teladan kepada seluruh warga kerja di samping meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap standard integriti dan profesionalisme yang diamalkan oleh Kumpulan Sawit Kinabalu.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Pemuda Gagasan Rakyat sokong pendirian tegas kerajaan negeri pertahankan hak 40%...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular