KOTA KINABALU: DAP Sabah menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan pemberian khas 40 peratus hasil bersih kepada Sabah seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Pengerusinya Phoong Jin Zhe berkata Gesaan itu dibuat sempena lawatan beliau ke negeri ini bagi menghadiri majlis berbuka puasa pada Ahad.
Phoong turut menggesa Kerajaan Persekutuan menarik balik permohonan mahkamahnya untuk menangguhkan keputusan tersebut dan segera menyalurkan bayaran yang perlu dibayar kepada Sabah pada tahun ini.
Menurutnya langkah itu akan menunjukkan keikhlasan Kerajaan Perpaduan.
Beliau menegaskan pemberian khas itu merupakan hak perlembagaan Sabah di bawah MA63 dan menggesa Putrajaya menghormati keputusan mahkamah serta melaksanakan keputusan tersebut tanpa penangguhan lanjut serta memulihkan keyakinan rakyat Sabah terhadap institusi negara.



