HomeUtamaSabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan pendekatan strategik Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat, termasuk penyaluran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjelang sambutan Aidilfitri yang mampu meringankan beban rakyat membuat persiapan perayaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata langkah berkenaan mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

Selain itu, katanya, inisiatif bantuan khas RM400 menerusi program FlySiswa kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sempena cuti Hari Raya turut memberi manfaat besar kepada golongan mahasiswa.

“Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM600 kepada pelajar anak Sabah yang menuntut di Semenanjung dan Sarawak bagi subsidi tiket penerbangan pulang ke kampung halaman.

“Bagi pelajar yang menuntut di dalam negeri pula, mereka akan menerima bantuan. RM300 seorang untuk perbelanjaan pulang menyambut Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Bersama Perdana Menteri di Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah, di sini, pada Ahad.

Hajiji berkata, pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri itu mencerminkan komitmen berterusan dalam membantu rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

Pada masa sama, beliau menegaskan Kerajaan Negeri akan terus memberikan sokongan dan dukungan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam usaha memperkukuh pembangunan negara serta memacu kemajuan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, kepimpinan PMX juga berjaya memulihkan serta memperkukuh ekonomi negara dengan pencapaian pelaburan yang memberangsangkan.

Menurutnya, Malaysia mencatat rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah tahun lalu berjumlah RM426.7 bilion, meningkat 11 peratus berbanding 2024, melibatkan lebih 8,000 projek pelaburan dengan potensi mewujudkan 244,902 peluang pekerjaan kepada rakyat.

Hajiji berkata, pengukuhan nilai ringgit pada masa sama turut mencerminkan keyakinan terhadap hala tuju ekonomi negara di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI.

Sebelum menghadiri majlis berkenaan, PMX diiringi Ketua Menteri turut mengadakan sesi tinjauan Bazar Ramadan dan menyantuni rakyat di kawasan Universiti Apartment (UA), Sepanggar.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek pembangunan mesti dipantau rapi, elak kelewatan – PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular