HomeUtamaBeroperasi tanpa lesen, pusat jagaan ambulatori didenda RM55,000

Beroperasi tanpa lesen, pusat jagaan ambulatori didenda RM55,000

Read Time:47 Second


KOTA KINABALU: Sebuah pusat penjagaan ambulatori swasta didenda RM55,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyediakan perkhidmatan ambulatori tanpa lesen dua tahun lalu.

Hakim Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Healing Heart PLT selepas salah seorang pengarahnya mengaku bersalah.

Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 Jun 2024 lebih kurang jam 10.40 pagi, di KK Times Square, Off Coastal Highway.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3(c) Akta 586 dan boleh dihukum di bawah peruntukan seksyen 5(1)(b) Akta yang sama, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa serbuan terdapat tiga orang pekerja dan seorang pelanggan yang sedang menjalankan rawatan EECP berada di dalam premis semasa pemeriksaan.

Pasukan Serbuan telah merampas beberapa dokumen, mesin dan peralatan yang berkaitan dengan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia, Anis Nadia Ahmad Lathpi dan Dr Sirena Anne Maiks, manakala pusat berkenaan diwakili peguam Martin Tommy.

RELATED ARTICLES
Utama

NGO diseru perhebat CSR bantu golongan memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular