HomeUtamaAkibat curi sebotol minyak wangi, lelaki dipenjara 4 minggu dan didenda RM1,000

Akibat curi sebotol minyak wangi, lelaki dipenjara 4 minggu dan didenda RM1,000

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat minggu dan didenda RM1,000 atau lima minggu penjara jika gagal membayar denda kerana mencuri sebotol minyak wangi.

Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Minzamin Nusain, 30, mengaku bersalah.

Minzamin telah mencuri dalam sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda, iaitu satu botol minyak wangi jenama Burberry Goddess EDP pada 6 Mac lalu di kedai Beauty Love, Jesselton Mall.

Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan seorang wanita dipenjara tujuh hari dan didenda RM800 atau lima minggu penjara kerana mencuri beberapa barangan kedai.

Eda Dollah, 54, mengaku mencuri empat botol Moccona 200 gram dan lapan botol Capilano Honey 400 gram pada 3 Mac lalu di Pasar Mini 99 Speedmart, Inanam.

Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Peranan komuniti, CSR perkukuh hubungan industri perlombongan emas di Balung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular