HomeUtamaSabah umum cuti tambahan Aidilfitri

Sabah umum cuti tambahan Aidilfitri

Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan cuti umum tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, selaras dengan pengumuman di peringkat Persekutuan.

Menerusi Warta Kerajaan Keluaran Khas bertarikh 18 Mac 2026, Yang di-Pertua Negeri menetapkan tarikh 20 Mac 2026 sebagai cuti tambahan sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac 2026.

Manakala, jika Hari Raya Aidilfitri disambut pada 20 Mac 2026, maka cuti tambahan ditetapkan pada 23 Mac 2026.

Langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada rakyat negeri ini membuat persiapan serta menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa bersama keluarga.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri  Anwar Ibrahim turut mengumumkan tarikh sama sebagai cuti tambahan Aidilfitri ketika lawatannya ke Sabah pada Ahad lalu.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Malaysia: Kadar Pengangguran Terendah Lebih Sedekad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular