HomeUtama500 petugas Sabah Electricity komited pastikan bekalan elektrik stabil di pagi Syawal

500 petugas Sabah Electricity komited pastikan bekalan elektrik stabil di pagi Syawal

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Seramai 500 petugas Sabah Electricity terus komited menjalankan tugas pada pagi Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan bekalan elektrik di seluruh negeri kekal stabil, sekali gus membolehkan rakyat menyambut Syawal dalam suasana selesa dan harmoni.

Petugas yang terdiri daripada jurutera, juruteknik dan kakitangan operasi telah digerakkan secara menyeluruh merangkumi stesen janakuasa, pencawang, serta pusat kawalan sistem.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata langkah kesiapsiagaan ini termasuk pemantauan rapi 24 jam dan tindak balas segera bagi menangani sebarang kemungkinan gangguan bekalan.

Komitmen warga kerja pada hari perayaan mencerminkan keutamaan syarikat dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

“Walaupun Hari Raya adalah waktu untuk bersama keluarga, dedikasi petugas kami yang terus berkhidmat pada pagi Syawal amat kami hargai. Mereka adalah tulang belakang kepada kesinambungan bekalan elektrik yang stabil, khususnya ketika permintaan meningkat pada musim perayaan,” katanya.

Menurut beliau, tahap kesiapsiagaan operasi pada musim perayaan dipertingkatkan melalui penyelarasan pasukan teknikal di lapangan serta pemantauan sistem secara berpusat bagi memastikan sebarang gangguan dapat ditangani dengan pantas dan berkesan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan elektrik serta mengamalkan penggunaan tenaga secara cekap.

Para pengguna boleh mendapatkan lebih banyak tip keselamatan dan panduan menjimatkan elektrik, dengan melayari laman web www.sesb.com.myUntuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Sabah Electricity melalui saluran Facebook: Sabah Electricity CareLine, Talian 15444, 088-515000 atau melalui aplikasi Sabah Electricity.

RELATED ARTICLES
Utama

Penipuan dalam talian: Polis buka 290 kertas siasatan libatkan RM14.6 juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular