HomeUtamaKestabilan politik asas kemajuan Sabah: Hajiji

Kestabilan politik asas kemajuan Sabah: Hajiji

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri kekal komited dalam memperkukuh kestabilan politik yang dinikmati di Sabah ketika ini sebagai prasyarat utama kepada pembangunan dan kemakmuran negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kestabilan politik yang kukuh membolehkan pelbagai perancangan pembangunan dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan telah merangka hala tuju lebih strategik dan menyeluruh menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi memacu negeri ini ke tahap kemajuan lebih tinggi.

“SMJ 2.0 bukan sekadar pelan di atas kertas, sebaliknya merupakan komitmen jitu untuk mentransformasikan ekonomi negeri, memperkasa modal insan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026.

Sehubungan itu, Hajiji mengajak seluruh rakyat Sabah menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai pemangkin untuk memperbaharui tekad, mempererat perpaduan serta melipatgandakan usaha membina negeri yang lebih maju dan sejahtera di bawah agenda Sabah Maju Jaya.

Katanya, Aidilfitri bukan sahaja simbol kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang Ramadan, malah platform terbaik untuk mengukuhkan silaturahim dalam kalangan keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.

“Di bumi Sabah yang bertuah ini, Aidilfitri diraikan dalam suasana muhibah oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama. Inilah kekuatan sebenar kita, iaitu perpaduan dalam kepelbagaian.

“Nilai hormat-menghormati, toleransi dan kebersamaan yang diwarisi sekian lama perlu terus dipelihara sebagai asas kestabilan serta kemajuan negeri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Penipuan dalam talian: Polis buka 290 kertas siasatan libatkan RM14.6 juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular