HomeUtamaSambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Sabah dilaksana secara berhemah

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Sabah dilaksana secara berhemah

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah tahun ini akan dilaksanakan secara berhemah dengan pendekatan penjimatan kos tanpa menjejaskan pengisian program.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata langkah itu selaras dengan keadaan ekonomi semasa di samping memastikan setiap program memberi manfaat serta menyampaikan mesej kepada rakyat.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan

“Sebanyak 12 program disusun bermula dengan Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Solat Hajat di Masjid Negeri pada 27 Mac.

“Antara pengisian utama ialah Istiadat Perbarisan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad di Padang Merdeka, diikuti Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri di Istana Seri Kinabalu serta Jamuan Negeri di Dewan Bankuasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Mac,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini.

Nizam berkata, Riadah Perpaduan bersama TYT dijadualkan berlangsung di Taman Tasik Kompleks Sukan Likas pada 11 April, diikuti acara menembak bersama TYT dan Kabinet negeri pada 12 April.

“Kita akan menampilkan sukan tradisi Sabah seperti menyumpit, membujak dan melastik bagi memeriahkan acara bersama TYT.

“Ia memberi peluang kepada rakyat untuk bersama TYT, sekali gus mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat,” katanya.

Nizam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan berkata, program lain yang diadakan antaranya Pameran Dirgahayu Tuan Yang Terutama di Muzium Tamadun Islam Sabah pada 16 April serta Perasmian Karya Perdana Pilihan Tahunan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 17 April.

“Program lain termasuk Perarakan Budaya dari Lintasan Deasoka ke SICC serta sambutan Hari Etnik yang dijangka disertai lebih 100 persatuan etnik Sabah di SICC pada 25 April,” katanya.

Sambutan berkenaan akan diakhiri dengan Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak di Dewan Masyarakat Tawau pada 30 April.

RELATED ARTICLES
Utama

Semangat Rewang suburkan ukhuwah warga UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular