HomeUtamaLemang untuk anggota APMM bertugas pagi Raya

Lemang untuk anggota APMM bertugas pagi Raya

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 150 batang lemang telah diagihkan kepada pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksais Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Komander Maritim Siti Khairunnisak Abd Aziz berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada anggota yang terus komited menjalankan amanah walaupun ketika perayaan.

“Walaupun tidak bersama keluarga pada pagi raya, sekurang-kurangnya ada sedikit suasana Aidilfitri yang dapat dikongsi bersama rakan setugas,” katanya ketika mewakili Pengarah Maritim Negeri Sabah pada majlis penyerahan berkenaan pada Jumaat.

Lemang berkenaan diagihkan kepada 16 seksyen, termasuk kapal dan bot operasi yang terlibat dalam penugasan sepanjang Aidilfitri.

Ia disediakan secara gotong-royong oleh komuniti maritim setempat di perkarangan Surau An-Najihin, Kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Program tersebut turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Maritim (KESMAR) Sabah, Ryan Solacito.

Selain pegawai dan anggota Maritim Malaysia, agihan turut disalurkan kepada agensi sahabat iaitu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai simbol kerjasama berterusan dalam aspek keselamatan.

Inisiatif berkenaan dilihat bukan sekadar menyemarakkan Aidilfitri, malah memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan petugas yang terus berada di lapangan demi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

RELATED ARTICLES
Utama

Sambut Aidilfitri secara sederhana, peka nasib golongan menderita – PM Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular