HomeUtamaCuaca tidak menentu hingga Mei, rakyat diminta berwaspada

Cuaca tidak menentu hingga Mei, rakyat diminta berwaspada

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Fasa Peralihan Monsun di Malaysia dijangka akan bermula Ahad ini dan berterusan sehingga Mei 2026, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2025/2026 yang telah bermula sejak 13 November tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sepanjang tempoh peralihan ini, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir.

“Keadaan ini lazimnya menyebabkan hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh singkat, terutama pada waktu petang dan awal malam 

“Ia melibatkan kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, Hisham berkata, fenomena cuaca berkenaan berisiko mencetuskan kejadian banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap perubahan cuaca sepanjang tempoh ini, selain mengikuti ramalan serta amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi, aplikasi mudah alih myCuaca serta saluran media sosial rasmi MET Malaysia. 

” Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Beroperasi tanpa lesen, penjaga premis didenda RM4,500

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular