HomeUtamaAnggota tentera hilang ditemui di Sarawak

Anggota tentera hilang ditemui di Sarawak

Read Time:1 Minute, 0 Second

SEMPORNA : Seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang sebelum ini ketika bertugas dalam Operasi Pasir di Semporna, di sini disahkan berjaya dikesan oleh pasukan keselamatan.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam satu kenyataan memaklumkan, anggota terbabit dipercayai Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) selepas gagal dikesan semasa pemeriksaan baris pagi di Pos Pulau Pandanan pada 14 Mac lalu.

Menurut MK AB, anggota tersebut, Renjer Fredenick anak Petrus, 21, dari Kompeni C, Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD), dilaporkan hilang sebelum usaha pengesanan dilancarkan.

“Hasil tindakan pasukan keselamatan, anggota tersebut berjaya ditahan oleh pasukan Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) di Kota Samarahan, Sarawak pada 19 Mac lalu.

“Dia kemudian dibawa ke hadapan Majistret Kota Samarahan sebelum kini ditempatkan dalam tahanan tentera di Kem Muara Tuang bagi tujuan siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu, pada Khamis. 

MK AB memaklumkan, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar ketidakhadiran anggota terbabit.

Menurutnya, tindakan sewajarnya akan diambil selaras dengan peraturan dan undang-undang di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.

Dalam masa sama, pihaknya menegaskan komitmen untuk memastikan setiap kes ditangani secara profesional, telus dan berintegriti.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Suami isteri jual, miliki produk tidak berdaftar didenda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular