HomeUtama2,500 peserta sertai Istiadat Perbarisan Sempena Ulang Tahun ke-75 TYT

2,500 peserta sertai Istiadat Perbarisan Sempena Ulang Tahun ke-75 TYT

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 2,500 peserta dijangka akan terlibat dalam Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 30 Mac ini.

Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Shamshor Jaafar berkata, sebanyak 62 kontinjen daripada pasukan keselamatan dan agensi kerajaan akan menyertai istiadat perbarisan berkenaan.

“Orang ramai disaran hadir lebih awal untuk menyaksikan perbarisan berkenaan memandangkan peserta dijangka mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi.

“Ini merupakan detik bersejarah dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara serta menyaksikan keunikan istiadat perbarisan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat perbarisan kepada Tun Musa Aman, di sini pada Khamis.

Menurut beliau, raptai penuh diadakan pada 27 Mac dan bagi memastikan kelancaran program, beberapa jalan akan ditutup sementara sepanjang acara berlangsung antaranya Lorong Dewan serta Jalan Padang (dari gerbang Jalan Istana hingga hadapan King Park Hotel).

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas diambil susulan penyalahgunaan nama, logo UMS di media sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular