HomeUtamaPemuda Gagasan Rakyat kecam kenyataan Senator Filipina isu tuntutan Sabah

Pemuda Gagasan Rakyat kecam kenyataan Senator Filipina isu tuntutan Sabah

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengecam sekeras-kerasnya kenyataan oleh Senator Robin Padilla yang menggesa agar tuntutan Filipina ke atas Sabah dihidupkan semula.

Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Azrul Ibrahim berkata, kenyataan itu jelas tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan prinsip kedaulatan serta undang-undang antarabangsa.

“Kami ingin menegaskan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia yang berdaulat dan kedudukannya tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

“Cubaan mengaitkan Sabah dengan isu sumber minyak dan tenaga sebagai alasan untuk menghidupkan tuntutan lapuk adalah tidak berasas dan jelas bertujuan mengalih perhatian daripada krisis dalaman yang berlaku,”‘katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Azrul berkata, Sabah bukan komoditi untuk menyelesaikan masalah negara lain dan pihaknya menggesa Kementerian Luar membuat bantahan rasmi terhadap kenyataan tersebut, sementara Kerajaan Persekutuan perlu terus memantau isu ini agar kedaulatan negara terus terpelihara.

Beliau berkata, rakyat Sabah juga diseru agar kekal tenang, bersatu, dan tidak terpengaruh dengan kenyataan luar yang boleh menimbulkan kekeliruan

“Pemuda Gagasan Rakyat akan terus berdiri teguh mempertahankan negeri ini,” katanya. 

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah batal petisyen, Aliakbar kekal ADUN Karambunai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular