HomeUtamaSabah komited perkukuh agenda kesihatan awam

Sabah komited perkukuh agenda kesihatan awam

Read Time:1 Minute, 23 Second

RANAU: Kerajaan Negeri Sabah kekal komited dalam memperkukuh agenda kesihatan awam, namun kejayaan usaha ini memerlukan kerjasama bersepadu antara kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan masyarakat secara keseluruhan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, berkata, ini termasuklah usaha pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit seperti kanser, yang merupakan antara penyumbang utama kepada kematian di Malaysia.

Belia berkata, ia termasuk di Sabah, dengan kebanyakan kes hanya dikesan pada peringkat lewat sehingga menjejaskan keberkesanan rawatan.

“Justeru, pendekatan proaktif melalui program seperti Jejak Kanser amat bertepatan pada masanya, khususnya dalam memberi penekanan kepada saringan awal serta pendidikan kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Arthur Sen, sempena Majlis Pelancaran Program Jejak Kanser 2026 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Ranau, sini, pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, berkata, usaha turun padang seperti ini amat penting bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak terpinggir daripada akses kepada maklumat dan perkhidmatan kesihatan.

Dalam pada itu, beliau menyeru lebih banyak pihak tampil menyokong program seumpama ini sama ada melalui sumbangan, kepakaran mahupun penglibatan secara langsung di lapangan, demi meningkatkan tahap kesedaran serta mengurangkan beban penyakit kanser dalam kalangan rakyat.

Justeru, beliau berharap agar Program Jejak Kanser 2026 itu dapat mencapai objektifnya dalam memperluas akses kepada saringan awal serta memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Program Jejak Kanser 2026 merangkumi pelbagai pengisian termasuk aktiviti saringan kesihatan dan pengesanan awal kanser, pameran serta pendidikan kesedaran kesihatan, khidmat nasihat oleh pegawai perubatan dan sukarelawan, serta penglibatan aktif komuniti setempat.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan dan agensi, serta barisan jawatankuasa Persatuan Pencegah Kanser Sabah (PPKS).

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 orang hadir meriahkan Istiadat Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular