HomeIsu tempatanVesel nelayan ditahan, guna kru tanpa permit sah

Vesel nelayan ditahan, guna kru tanpa permit sah

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) yang menggaji kru tanpa permit sah dalam rondaan rutin kira-kira 0.70 batu nautika di utara Pulau Manukan, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, penahanan dibuat hasil pemantauan ke atas pergerakan bot yang mencurigakan sebelum pasukan penguat kuasa bertindak melakukan pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati seramai 12 kru termasuk nakhoda berada di atas vesel berkenaan, dengan lima daripadanya disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana menggunakan Pas Lawatan Sosial tanpa permit kerja yang sah.

Menurutnya, bot tersebut turut disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana beroperasi tanpa jumlah kru mencukupi seperti ditetapkan pihak pelabuhan.

“Kesemua kru berusia antara 21 hingga 54 tahun dan merupakan warganegara Indonesia. Bot bersama kru kemudiannya diiring masuk ke jeti untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia turut menyita vesel berkenaan dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM2 juta.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan kesalahan imigresen dan keselamatan pelayaran.

“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan terkawal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut kepada pihak berkuasa.

Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan lelaki tempatan cuba bawa dadah guna bot

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular