HomeUtamaTiga penduduk Bajau Laut tanpa kewarganegaraan dibenar ikat jamin

Tiga penduduk Bajau Laut tanpa kewarganegaraan dibenar ikat jamin

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Empat individu Bajau Laut tanpa kewarganegaraan (stateless) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memasuki negeri ini secara haram.

Tertuduh adalah Jolina Julkipli, 21, Jay Jeriko Omar, 20, Mohd Haykal Nukiman Zulkifli, 22, dan Mohd Mansul Ajjili, 20.

Keempat-empat mereka yang merupakan pelajar di pusat pembelajaran alternatif, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain, selepas pertuduhan dibacakan.

Mereka didakwa memasuki Sabah tanpa dokumen sah ketika ditahan baru-baru ini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Jolina, Jay dan Mohd Haykal yang mempunyai dokumen mencukupi untuk membuktikan mereka dilahirkan di Sabah, masing-masing dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah menegaskan bahawa penjamin mestilah ahli keluarga atau individu yang membuat perakuan statutori bagi membuktikan kelahiran di Sabah. Ketiga-tiga tertuduh juga diarahkan melapor diri di Balai Polis Semporna sebulan sekali.

Sementara itu, Mohd Mansul diarahkan ditahan sementara kerana mahkamah memerlukan dokumen yang mencukupi untuk membuktikan bahawa beliau dilahirkan di Sabah.

Mahkamah menjelaskan bahawa ia tidak membenarkan atau menolak ikat jamin bagi Mohd Mansul pada peringkat ini, sebaliknya memberi masa mencukupi untuk pihak tertuduh mengemukakan bukti kelahiran di Sabah.

Mahkamah menetapkan 30 April tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Deanivo Sittin, membantah permohonan ikat jamin mereka atas alasan tiada dokumen sah.

Peguam Sherzali Herza Asli, yang mewakili kempat-empat pelajar berkenaan, mengemukakan beberapa perakuan statutori di mahkamah untuk membuktikan bahawa ketiga-tiga tertuduh dilahirkan di Sabah.

Sherzali juga memaklumkan bahawa ibu kepada dua daripada tertuduh adalah warganegara Malaysia, dan satu-satunya cara untuk menentukan hubungan mereka ialah melalui ujian DNA.

Beliau berhujah bahawa Seksyen 6(1)(c) tidak boleh digunakan untuk mendakwa atau menyabitkan kesalahan terhadap individu tanpa kewarganegaraan.

RELATED ARTICLES
Utama

Zara menangis, mahu pindah sekolah – Saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular