HomeUtamaPenjadualan semula rayuan berhubung 40% Sabah tidak jejaskan isu utama - SLS

Penjadualan semula rayuan berhubung 40% Sabah tidak jejaskan isu utama – SLS

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Penjadualan semula pengurusan kes bagi rayuan melibatkan tuntutan Sabah terhadap 40% hasil negeri mengikut perlembagaan adalah bersifat prosedur dan tidak menjejaskan isu utama kes.

Presiden Sabah Law Society (SLS) Datuk Mohamed Nazim Maduarin, menjelaskan bahawa perkembangan tersebut hanya berkaitan dengan penjadualan dan pengurusan rayuan yang kini didengar di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Nazim berkata, SLS dimaklumkan bahawa e-review yang dijadualkan pada 2 April 2026 telah dibatalkan dan dijadual semula untuk pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan pada 13 April 2026, jam 9 pagi.

“SLS menegaskan bahawa perkembangan ini bersifat prosedur, hanya berkaitan dengan penjadualan dan pengurusan rayuan. Ia tidak menjejaskan, dan tidak melibatkan, isu substantif yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Isu-isu perlembagaan utama yang timbul daripada prosiding masih terbuka dan menunggu Keputusan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SLS menengaskan akan terus memantau perkembangan rayuan dan mengambil langkah-langkah sewajarnya mengikut peranan dan mandatnya.

“SLS akan terus bertindak mengikut peraturan undang-undang dan proses yang betul,” katanya.

Rayuan ini dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2025 yang memihak kepada SLS.

Pada 17 Oktober tahun lalu, SLS berjaya dalam semakan kehakiman mereka untuk mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi di sini untuk Kerajaan Persekutuan mengadakan semakan semula bersama Kerajaan negeri Sabah berhubung tuntutan 40 peratus daripada hasil bersih Sabah dari tahun 1974 hingga 2021.

“Semakan tersebut hendaklah dijalankan bagi setiap tahun kewangan berturut-turut (consecutive financial year) dari tahun 1974 hingga tahun 2021, dalam tempoh 90 hari dari tarikh perintah ini dikeluarkan, dan persetujuan antara kedua-dua kerajaan hendaklah dicapai dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah ini,” kata hakim Datuk Celestina Stuel Galid.

SLS memfailkan semakan kehakiman pada 2022 dan menamakan Kerajaan Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah sebagai responden pertama dan kedua masing-masing dalam semakan kehakiman tersebut.

SLS, antara lain, mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan telah melanggar Perlembagaan Persekutuan dengan gagal mengadakan semakan hasil wajib setiap lima tahun sejak 1974.

RELATED ARTICLES
Utama

Remaja tanpa dokumen didakwa masuk Sabah secara haram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular