HomeUtamaKeputusan Mahkamah Rayuan tidak meliputi dapatan Mahkamah Tinggi berkaitan hak 40% Sabah...

Keputusan Mahkamah Rayuan tidak meliputi dapatan Mahkamah Tinggi berkaitan hak 40% Sabah — Peguam Negara

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa perintah penggantungan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu pemberian khas Sabah tidak melibatkan dapatan berkaitan peruntukan 40 peratus di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Jabatan Peguam Negara memaklumkan Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menggantung pelaksanaan penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2025 berhubung kajian semula Pemberian Khas Negeri Sabah dari tahun 1974 sehingga tahun 2021 sementara menunggu pendengaran rayuan Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Rayuan.

Menurut kenyataan itu, penggantungan tersebut adalah bagi membolehkan rayuan Kerajaan Persekutuan didengar dan tidak menjadi akademik dan sia-sia.

Jabatan Peguam Negara juga menegaskan bahawa rayuan yang difailkan oleh Kerajaan Persekutuan bukanlah terhadap formula 40 peratus tersebut.

“Namun sebaliknya rayuan Kerajaan Persekutuan adalah terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi antara lain berkenaan beberapa isu melibatkan tafsiran peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga dapatan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan sejak tahun 1974,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

GEG Sabah perkasa AI dalam pendidikan, komuniti digital terus diperkukuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular