HomeUtamaKerajaan negeri komited perkasa pendidikan – Hajiji

Kerajaan negeri komited perkasa pendidikan – Hajiji

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat delegasi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah yang diketuai Pengarah JPNS, Datuk Raisin Saidin di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, Raisin menyampaikan taklimat mengenai program utama JPNS bagi tahun ini dan perancangan tahun hadapan, termasuk perkembangan serta pencapaian memberangsangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar negeri ini.

Hajiji dalam pada itu menzahirkan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk memperkukuh sektor pendidikan, khususnya dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, memperkasa pengurusan sekolah serta memastikan pembangunan holistik murid di seluruh Sabah.

Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama strategik dan berterusan antara kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Sabah bagi memastikan setiap dasar serta inisiatif pendidikan dapat dilaksanakan secara efektif dan menyeluruh.

“Hubungan erat ini penting dalam usaha memperkasa sektor pendidikan negeri, seterusnya melahirkan modal insan berkualiti dan berdaya saing,” katanya.

Delegasi JPNS turut disertai Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Indang Kasi Sibin; Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Krishna KS @ Mohd Fadzli Abd Rozan; Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Muddin Beting; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan, Salleh Linggam.

RELATED ARTICLES
Utama

Seludup Migran: Warga Filipina dipenjara 8 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular