HomeUtamaTelupid catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

Telupid catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Daerah Telupid dilaporkam mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, selain Sabah, beberapa kawasan lain di Semenanjung turut dilaporkan mengalami cuaca sama sejak semalam.

“Terdapat satu kawasan di Sabah dan Sarawak berada pada Tahap Satu (Berjaga-Jaga) iaitu Telupid Sabah.

“Selain itu, terdapat 10 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap Satu (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, Pendang, Padang Terap, Sik dan Kota Setar (Kedah), Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli dan Machang (Kelantan),” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dipenjara tiga tahun miliki 570 sisik penyu dilindungi di Tawau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular