HomeUtamaPadah miliki peralatan pecah rumah, lelaki dipenjara enam bulan

Padah miliki peralatan pecah rumah, lelaki dipenjara enam bulan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara maksimum enam bulan kerana memiliki peralatan pecah rumah.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu terhadap Alif Hussein, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, Alif bersama seorang lagi yang masih bebas, pada 2 April lalu jam 5 petang di Jalan Coastal, memiliki tiga unit pemotong kabel pelbagai saiz dan sebuah chain block tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang.

Dia didakwa di bawah Seksyen 18(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan selepas cuba meloloskan diri daripada pihak berkuasa pada 2 April lalu.

Pihak polis pada awalnya mengesan sebuah van yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pantai Sembulan. Apabila diarahkan berhenti, suspek enggan memberi kerjasama sehingga polis terpaksa mengejar kenderaan tersebut.

Pemandu berjaya meloloskan diri, manakala penumpang iaitu tertuduh berjaya ditahan di tepi Jalan Coastal selepas melawan dan mencederakan anggota polis.

Tertuduh ditahan bersama van berkenaan serta peralatan pemotong kabel. Hasil siasatan polis mendapati tertuduh memiliki barangan yang boleh digunakan untuk memecah masuk rumah, namun gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai tujuan memiliki barangan tersebut.

Tertuduh juga mengaku terlibat dalam kes kecurian kabel serta beberapa kes kecurian lain di sekitar Kota Kinabalu.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan kerana anaknya masih kecil dan risau keadaan anak dan isterinya apabila berada dalam tahanan.

Menurutnya, dia cuma mahu mencari kabel dan tidak mempunyai niat untuk melakukan pecah rumah.

Pegawai Pendakwa Inspektor Yusdi Basri meminta hukuman setimpal.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki didakwa edar 108.71 gram MDMA di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular