HomeUtamaLelaki dipenjara 8 bulan ceroboh stor kedai

Lelaki dipenjara 8 bulan ceroboh stor kedai

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menceroboh stor kedai.

Mohd Fazli Ag Kupun mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Dia didakwa melakukan pencerobohan stor milik seorang lelaki pada 30 Mac lalu jam 3 pagi di stor kedai Akbar & Omar Enterprise Sdn Bhd, di Putatan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau dengan denda boleh sampai RM5000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit keslahan.

Fakta kes menyatakan, semasa kejadian pengadu yang memeriksa stor kedai mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam stor tersebut.

Pengadu kemudian menahan tertuduh sebelum menghubungi Balai Polis Putatan, yang membawa kepada penangkapan lelaki berkenaan.

Pengadu juga mengesahkan tiada barang yang hilang dalam kejadian itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Komen berunsur fitnah, ibu Zara lapor polis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular