HomeUtamaMajikan, pekerja didenda miliki produk kosmetik tidak berdaftar

Majikan, pekerja didenda miliki produk kosmetik tidak berdaftar

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Seorang pemilik kedai dan pekerjanya masing-masing dikenakan denda oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki produk kosmetik yang bukan keluaran berdaftar.

Rosmenah, 39, yang merupakan pemilik kedai didenda RM1,500 atau 14 hari penjara penjara manakala Hamizah Hassan, 23, didenda RM800 atau 14 hari penjara.

Bagi kes Rosmenah, dia mengaku memiliki tiga produk kosmetik tidak berdaftar di sebuah premis dalam daerah Papar pada 4 Julai 2024.

Hamizah pula mengaku memiliki dua produk kosmetik tidak berdaftar pada masa dan tempat yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa rayuan, Rosmenah memohon hukuman ringan dengan alasan berdepan masalah kewangan kerana kadar sewa kedai yang tinggi selain perniagaan yang kurang memberangsangkan.

Hamizah pula memohon hukuman ringan dengan alasan dia hanya pekerja di kedai berkenaan dan sekadar menjalankan tugas. Dia turut memaklumkan bahawa dia tidak lagi bekerja di kedai tersebut, kini menganggur dan sedang hamil lima bulan.

Rosmenah dan Hamizah tidak diwakili peguam.

Sementara itu, pegawai pendakwa dari Jabatan Farmasi, Angeline Francis William, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran sebagai peringatan kepada tertuduh dan orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dipenjara 8 bulan ceroboh stor kedai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular