HomeUtamaAkademik dan sukan perlu seimbang untuk lahirkan pelajar holistik

Akademik dan sukan perlu seimbang untuk lahirkan pelajar holistik

Read Time:1 Minute, 18 Second

PUTATAN: Keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan penglibatan aktif dalam sukan perlu diberi penekanan bagi melahirkan pelajar yang holistik serta berdaya saing.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kedua-dua elemen itu penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan sekali gus mengangkat status sekolah-sekolah di daerah Putatan agar terus cemerlang.

Beliau berkata, selain mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan, penglibatan dalam aktiviti fizikal seperti sukan mampu membentuk sahsiah, disiplin serta kemahiran sosial dalam kalangan pelajar.

“Pembangunan holistik yang merangkumi akademik dan sukan amat penting untuk melahirkan generasi pelajar yang lebih berwibawa pada masa hadapan.

“Pada masa sama, ia membantu meningkatkan kualiti sekolah dan membuktikan bahawa Putatan juga mempunyai institusi pendidikan yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-26 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Rusmadi Ahmad, Pengetua SMK Tansau Dr. Miller Yong, Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen Putatan Mohd Sufian Matin, Pegawai Khas Parlimen Putatan Mahadzir Abd Majid serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat Latip Jiar.

Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Pengerusi Sabah Oil & Gas Development Corporation (SOGDC) berkata, penganjuran kejohanan sukan tersebut turut menjadi platform penting dalam memupuk kecemerlangan kokurikulum, kepimpinan serta disiplin diri dalam kalangan pelajar.

Tambah beliau, tema kejohanan tahun ini iaitu Alam Sekitar: Flora dan Fauna juga bertepatan dalam meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan memelihara dan melindungi khazanah alam semula jadi.

“Sambil bersukan, pelajar turut didedahkan dengan pendidikan berkaitan pemuliharaan alam sekitar agar mereka lebih menghargai flora dan fauna,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sawit Kinabalu perkasa mekanisme dan teknologi ladang di Balung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular