HomeUtamaBot laju berserta 1,725 liter petrol dirampas, diserahkan kepada KPDN Semporna

Bot laju berserta 1,725 liter petrol dirampas, diserahkan kepada KPDN Semporna

Read Time:33 Second

SEMPORNA: Rampasan 1,725 liter minyak disyaki petrol, sebuah bot laju dan peralatan berkaitan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna, pada Khamis.

Serahan kes ini diterima daripada Batalion N22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM17,675.75.

KPDN Sabah dalam satu kenyataan di Laman Facebook memaklumkan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana pemilikan atau kawalan barang kawalan tanpa kebenaran sah.

KPDN menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasa lain dalam membanteras penyelewengan barang kawalan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang melanggar undang-undang,” menurut kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Akademik dan sukan perlu seimbang untuk lahirkan pelajar holistik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular