KOTA KINABALU: Kira-kira 500 tetamu daripada pelbagai agensi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran CelcomDigi yang berlangsung di Sheraton Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, selain menghimpunkan pelbagai agensi termasuk jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta pemain industri pelancongan dan sektor swasta.
Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad, Mohamad Damshal Awang Damit.
Kehadiran tetamu daripada pelbagai latar belakang itu bukan sahaja memeriahkan sambutan Aidilfitri, malah menjadi platform penting dalam mengukuhkan jaringan kerjasama serta hubungan silaturahim antara sektor awam dan swasta di negeri ini.



