HomeUtamaPerdana Menteri arah tindakan segera tangani isu SK Balaban Jaya

Perdana Menteri arah tindakan segera tangani isu SK Balaban Jaya

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan segera diambil bagi membantu murid SK Balaban Jaya, Beluran yang terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa.

Menerusi hantaran beliau di media sosial, Anwar berkata ketidakselesaan yang dihadapi murid SK Balaban Jaya amat mengesankan.

“Perkara sebegini cukup mengesankan. Arahan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk penyelesaian segera.

“Keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu mesti diberi perhatian utama, dan tindakan segera wajib dilaksanakan,” katanya menerusi hantaran itu.

Beliau turut berkongsi pautan laporan berita berkaitan masalah yang dihadapi di SK Balaban Jaya, yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook.

Sementara itu, KPM dalam satu kenyataan berkata, tindakan segera yang akan diambil termasuk memindahkan sementara murid ke SK Pekan Beluran serta menyediakan pengangkutan ke sekolah berkenaan.

KPM menjelaskan isu ini berpunca dari kerosakan pada sebahagian infrastruktur yang diakibatkan oleh pergerakan tanah dan cerun, menjadikan sekolah tidak berada dalam keadaan selamat.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2026/04/11/murid-sk-balaban-jaya-dipindah-ke-sk-pekan-beluran-kpm/

RELATED ARTICLES
Utama

Restorasi terumbu karang di TTM raih pengiktirafan MBOR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular